Howdy and welcome

:)

Tuesday 8 November 2011

Belia dan fesyen masa kini

Kepesatan  dunia  teknologi yang melanda negara ibarat ombak  tsunami  mewujudkan satu era baru dalam dunia yang serba moden  ini. Kepesatan yang menjangkau sempadan  dunia mewujudkan fenomena globalisasi seantero masyarakat. “metafora  Marshall Mcluhan (1964) mengatakan bahawa  dunia sudah  menjadi  sebagai kampung  sejagat”. Kenyataan ini  menunjukkan bahawa penguasaan  teknologi terhadap  dunia  kini diluar jangkauan. Kepelbagaian jaringan sosial  tumbuh  seperti cendawan selepas hujan telah mengubah  iklim pemikiran belia sekarang.

Perkembangan teknologi mendorong perubahan sosial.  Menurut  Sztompka (2004:2) mengatakan  bahawa, konsep perubahan sosial tercipta  daripada  teori sistem, dimana perubahan sosial adalah sebuah   perubahan yang terjadi dalam sebuah sistem, baik  pada tingkat makro; keseluruhan masyarakat  dunia(kemanusiaan) , tingkat menengah(mezo) , tingkat   bangsa  (nation  state), mahupun  regional dan perubahan sosial juga berlaku pada tingkat  mikro. Keadaan ini  menunjukkan bahawa teknologi mampu membuat perubahan terhadap diri masyarakat khususnya belia yang  mendominasi alam maya. Selain itu,  difusi dan inovasi turut menyebabkan perubahan  dalam masyarakat kerana  melalui teknologi, segala pengetahuan  dan  maklumat  yang baru  dapat disebarkan dan diadaptasi oleh  masyarakat. Difusi dan inovasi  adalah bagaimana  sebuah  idea dan teknologi tersebar  dalam sebuah kebudayaan. Ia mendefinisikan difusi sebagai proses dimana sebuah inovasi di komunikasikan  melalui pelbagai   saluran dan jangka  waktu tertentu dalam sebuah  sistem sosial (Everett Rogers,1994)


Oleh  itu, perkembangan teknologi telah membawa perubahan  sosial dan  gaya hidup berfesyen   dan  menjadi satu  revolusi kepada kehidupan  belia  kita pada masa kini. Dengan  adanya  teknologi , pelbagai gaya fesyen daripada artis mahupun  pereka  fesyen boleh dilihat dengan hanya mengakses laman  internet seperti Fashioning.com dan Fashion blog site. Sebagai  contoh , perkembangan  tren pemakaian  korea seperti k-pop  menarik minat  belia-belia masa kini,semuanya  adalah  berpunca daripada perkembangan  teknologi  yang mampu menyebarkan  maklumat dan kemudian diakses oleh golongan belia. Fesyen  ala-kpop dapat  diakses di laman  web K-world Style dan  Kpop Fashion
Fesyen  k-pop terkini

ramai antara belia kini memakai pakaian seperti pembawaan
di atas.


Tidak  ketinggalan  juga perkembangan fesyen yang melanda negara kita sebelum ini dapat dilihat dengan  perubahan dalam penampilan  bertudung  bagi wanita dimana  golongan belia khususnya keluar  dengan  ciri-ciri gaya bertudung pelbagai bentuk dan rekaan  yang begitu kreatif dan begitu kompleks. Perubahan tren  bertudung dan  gaya pemakaian menjadi ikutan  golongan belia wanita  kebanyakannya diperolehi daripada  tutorial  bertudung yang disebarkan  oleh pereka fesyen seperti Hana Tajima, Maria Elena, Yuna dan ramai lagi   dapat dilihat memlalui laman sesawang   seperti MAYSAA'S LOOKS dan Maria Elena:Hijab Fashion


Perubahan-perubahan  yang  begitu  mendadak  dari  segi  penampilan daripada  internet mahupun media massa  pada masa kini membentuk  peribadi dan  keterampilan belia  yang baru. Teknologi yang  mengubah fenomena global ini telah mewujudkan masyarakat  yang hidup ‘trendy’ dan memacu kepada pertumbuhan  ekonomi disamping  menggalakkan  golongan  belia  mencari alternatif  baru untuk menjadi golongan belia  yang  bersifat indikator.

Kemajuan  pesat  teknologi sebagai  pemangkin  dunia  fesyen yang  ‘trendy’ banyak  dihubungkaitkan  dengan  golongan  belia. Hal  ini  demikian  kerana  golongan belia merupakan golongan yang  dominan  berpengaruh  dan mudah  dipengaruhi. Konklusinya, teknologi dan belia tidak akan  mungkin dipisahkan  kerana kewujudan teknologi mengubah  persekitaran  dan pandangan  golongan  belia disamping memacu mereka ke arah pemodenan.






2 comments:

  1. yeahhh.. i really like fashion.. super junior n girl generation.. i always follow them.. open youtube.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hana tajima... many people like her because of her style.. tudongs.. since her cme out from Utube, yuna.., and many more.. young tennger follows their style..

    ReplyDelete