Howdy and welcome

:)

Thursday 1 December 2011

Plagiarism..




Maya seorang mahasiswi yang sedang kebuntuan idea dalam membuat tugasan mengenai laporan kerja sains, sedang melayari internet untuk mencari sumber. Apabila Maya asyik menekan butang kekuncinya memasukkan kata kunci dia akhirnya menjumpai satu laman web yang sangat baik dan berguna yang membolehkan dia menggunakan ‘detail’ tersebut sebagai rujukan. Maya telah ‘copy’ keseluruhan ayat ‘paste’ kedalam reportnya di mana ayat itu menerangkan sejumlah besar berkenaan alkali dan sifat penggunaannya. Maya kemudiannya menukar font dan size report tersebut untuk menyerupai keseluruhan laporannya.

Apa yang dilakukan oleh Maya itu tadi adalah satu kesalahan!

Maya telah melakukan kesilapan yang besar. Anda tahu apa yang telah Maya lakukan? Maya sebenarnya telah mem'plagiat' hasil kerja orang lain, perkataan, ayat mahupun idea dan mengakui bahawa ia adalah hasil yang dibuat oleh dirinya sendiri. Plagiat atau plagiarism ini sememangnya tidak dibenarkan di sekolah, kolej, mahupun di tempat kerja. Jadi, adalah lebih baik jika Maya mahupun kita sendiri untuk belajar menggunakan sumber seperti buku dan laman web mahupun majalah dengan cara yang betul dan baik. Tidak lupa juga untuk memberi kredit kepada penulis asal itu sendiri.

Plagiarisme merupakan satu kebimbangan dan topik hangat yang seringkali menjadi perhatian dan bualan utama ahli akademik. para pelajar dikatakan mengalami masalah pengurusan masa dan tekanan kerja sehingga bergantung kepada internet untuk mencari dan mendapatkan sumber yang mudah cepat bagi memenuhi keperluan tugasan mereka. Hal ini menyebabkan para pelajar terdorong untuk melakukan plagiarisme iaitu dengan 'copy' dan 'paste' baris ayat,petikan dengan tidak memasukkan 'cittation'. Pihak fakulti, kolej, pentadbir dan pelajar itu sendiri percaya bahawa kemudahan teknologi kini terutamanya internet merupakan penyumbang utama yang menggalakan para pelajar melakukan penipuan dan plagiarisme.
  

Definisi Plagiat :
Dipetik dari ; Webster's New Collegiate Dictionary 9th ed, (Springfield, Ma: Merriam 1981, p. 870).
Plagiarize \'pla-je-,riz also j - -\ vb -rized-riz·ing vt [plagiary] : to steal and pass off (the ideas or words of another) as one's own : use (a created production) without crediting the source vi: to commit literary theft: present as new and original an idea or product derived from an existing source - pla·gia·riz·er n

Bagaimana Plagiat ini terjadi?
  • Menjadikan sesuatu hasil karya individu lain sebagai hasil karya kita
  • Menggunakan idea individu lain tanpa memberi kredit kepada penulis asal
  • Gagal meletakkan sumber asal di nota kaki
  • Meletakkan sumber yang salah berkaitan maklumat tersebut
Persoalan yang sering kali diutarakan, adakah kata-kata,petikan mahupun idea boleh dicuri?

Jawapannya adalah YA! Jika menurut undang-undang di US, ungkapan kata-kata, idea asal penulis disenaraikan atau digolongkan kedalam harta intelek dan dilindungi undang-undang hak cipta ataupun ciptaan asal. hampir kesemua yang ditulis,direkodkan merupakan dibawah undang-undang hak cipta terpelihara seperti buku,jurnal mahupun fail perisian komputer.

Kebanyakan kolej ataupun universiti sememangnya sangat berkeras dan tidak memberi muka kepada para pelajar yang melakukan kegiatan plagiarisme. Hal ini demikian kerana, memplagiat adalah satu kesalahan yang besar yang boleh mengakibatkan seseorang itu gagal, tidak mendapat markah mahupun dihalang dari mengambil peperiksaan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar melakukan plagiarisme. Antaranya ialah kekurangan idea, menghadapi masalah dalam mendapat maklumat, rujukan, ataupun membuat pinjaman buku di perpustakaan, kekeliruan diantara plagiat dan petikan kata, keliru dengan istilah, tekanan kerja, etika kerja yang lemah dan rendah serta tidak pandai dalam mengagihkan masa yang ada.

Bagi mengelak dari plagiarisme dan untuk berada di aras yang selamat para pelajar seharusnya menyatakan dari mana maklumat itu diambil mahupun dipetik. Pensyarah mempunyai kaedah yang berlainan dalam menulis sumber jadi tugas untuk bertanya terletak kepada diri pelajar itu sendiri. para pelajar harus mengetahui pengarang,judul/tajuk buku dan tarikh buku diterbitkan. Sebagai contoh, pelajar seharusnya memberi kredit kepada penulis seperti ;
 "All words, in every language, are metaphors." (Marshall McLuhan,1992 : 120)

Kesimpulannya, teknologi baru merupakan satu alasan yang seringkali dipersalahkan dalam hal-hal yang berkaitan. Hal ini demikian kerana, kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi telah membuatkan masyarakat terutamanya para pelajar untuk bersikap sambil lewa dan tidak serius dalam melakukan sesuatu perkara. Kemudahan yang disalurkan oleh teknologi telah disalah guna pakai yang menyebabkan terjadinya gejala atau kegiatan yang tdiak bermoral seperti plagiarisme ini, Oleh itu, secanggih mana pun teknologi itu tetapi masyarakat sendiri yang tidak pandai mengurus dan menggunakannya ia akan menjadi satu bahana atau alat yang akan dipersalahkan kelak walaupun teknologi sebenarnya menyumbang banyak kebaikan kepada masyarakat setempat. Alasan bahawa teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia tidak boleh dipegang kerana dengan pegangan ini manusia akan bersikap acuh tak acuh dalam sesuatu perkara kerana menerima teknologi itu seadanya ataupun ‘take it as a granted’. Oleh itu, saya simpulkan bahawa kemudahan dan kecanggihan teknologi sebenarnya harus diguna pakai sebaik yang mungkin untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja celik IT tetapi juga generasi yang berwibawa.