Howdy and welcome

:)

Wednesday 19 October 2011

Bakat Terserlah

Teknologi memberi satu perubahan kepada semua masyarakat terutamanya kepada golongan belia. Belia merupakan generasi yang berharga buat negara pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Oleh itu, perlunya golongan ini didedahkan penggunaan teknologi bagi membawa perubahan yang baru dari semua aspek termasuk minat dan bakat.
Penggunaan teknologi komunikasi oleh belia akan memperkasakan diri mereka serta memberi peluang kepada mereka bagi menunjukkan pelbagai bakat. Sememangnya saat ini dinantikan oleh golongan belia untuk membuka mata semua pihak agar tidak memandang rendah terhadap pelbagai bakat yang dimiliki mereka. Jika dilihat pada masa kini ramai bakat baru muncul melalui penggunaan teknologi iaitu dengan adanya internet. Penggunaan  internet yang tanpa sempadan malahan diibaratkan semua dihujung jari menyebabkan semua penampilan bakat mereka tersebar dengan mudah.
Untuk pengetahuan, terdapat bakat-bakat baru yang muncul hanya dengan penggunaan teknologi iaitu internet sehingga menjadi fenomena terhadap golongan belia lain. Sebagai contoh, Yuna telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi melalui memuat turunkan video nyanyiannya  di laman sosial 'youtube'.
Malahan, secara tidak sengaja dilamar oleh syarikat rakaman bagi dijadikan artis. Sehingga kini, selebriti bernama Yuna masih menjadi sebutan di bibir masyarakat serta telah memperolehi anugerah yang berprestij dari dalam serta luar negara. Tambahan lagi, penyanyi yang membawa watak gadis bertudung ini bernaung di bawah syarikat antarabangsa yang bertapak di United Kingdom.


Antara percapaian Yuna sebagai seorang yang berjiwa anak seni ialah Lagu Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik kategori wanita di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010, Artis Baru Aanita Popular Anugerah Bintang popular 2009 dan Penyanyi Wanita Popular  Anugerah Bintang popular  2010.


Anna Rafali merupakan seorang anak gadis yang menyerlahkan bakatnya dalam dunia seni sama seperti Yuna. Pemilik nama yang unik ini juga menunjukkan bakat melalui penggunaan teknologi untuk menyebarkan bakat nyanyian serta bakat bermain alat muzik seperti gitar. Kejayaan Anna Rafali kini jelas dapat dilihat apabila memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 2010.





Kemenangannya memberi kejutan pada masyarakat dan juga golongan belia apabila gadis berkelulusan Sarjana Muda Psikologi  Universiti Teknologi Mara (UITM) ini mempunyai bakat yang jarang dimiliki umum, suara yang unik serta gaya nyanyian yang berbeza daripada artis-artis lain di Malaysia.
Justeru, kejayaan Anna Rafali dalam bidang seni suara sebagai contoh telah menjadi pendorong kepada para belia untuk menyerlahkan bakat yang tersembunyi melalui penggunaan teknologi. Jelaslah bahawa para belia berusaha mentransformasikan diri mereka ke arah membentuk belia yang berinovasi dan kreatif.