Howdy and welcome

:)

Monday 17 October 2011

PENGENALAN

TEKNOLOGI

Menurut Van Dijk, J. (2006), teknologi merujuk kepada aplikasi pengetahuan sains yang memberi manfaat dan menyelesaikan masalah manusia dalam menghadapi kehidupan seharian. Menurut Zulkarnaina Mohd. Mess (1991:2), teknologi komunikasi merupakan satu alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh setiap individu dalam proses pengumpulan, pemprosesan dan pertukaran maklumat dengan individu-individu yang lain. Kewujudan teknologi komunikasi telah berkembang pesat dan bersifat global yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Sehubungan dengan itu, teknologi komunikasi tidak wujud dalam kekosongan. Hal ini kerana teknologi komunikasi dikawal, dimiliki serta ditaja oleh golongan tertentu.

BELIA


Belia pula merupakan seseorang yang berumur dari 15 hingga 40 tahun berdasarkan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2008. (Sumber: Majlis Belia Malaysia). Adakah anda seorang belia? Sudahkah anda mendaftar pertubuhan belia? Sekiranya belum, jom kita mendaftar. Hanya klik ini Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Semoga permohonan anda diluluskan.