Howdy and welcome

:)

Thursday 3 November 2011

Pembelajaran Interaktif

    Komunikasi bermaksud pertukaran maklumat atau berita yang berlaku secara terus menerus. Ia melibatkan kompenan pengirim berita, media penyampaian, mesej yang ingin disampaikan dan juga pihak yang menerima pesanan. Teknologi komunikasi ialah alat yang menambah kemampuan orang untuk berkomunikasi. Ia adalah peralatan perangkat keras (hardware) dalam sebuah struktur organisasi yang mengandungi nilai-nilai sosial, yang memungkinkan setiap individu mengumpulkan, memproses, dan saling tukar -menukar informasi dengan individu-individu lain. Teknologi komunikasi dapat membawa seorang individu melintasi batas ruang dan waktu serta mendapatkan informasi yang tidak didapat sebelumnya (McLuhan, 1965).  Manusia telah menjadikan teknologi media sebagai jendela dunia (a window to the world) dan dapat mengetahui kejadian-kejadian yang jauh jaraknya tanpa perlu hadir langsung di lokasi kejadian (Noegroho, 2010: 4). Antara teknologi komunikasi yang ada pada masa kini ialah television, satelit, komputer, dan internet. Ia banyak membantu memudahkan kehidupan seharian, selain  mewujudkan pembelajaran  yang berkesan dalam kalangan belia.


    Teknologi komunikasi menjadi medium yang  membantu  dalam proses pembelajaran.  Jika kita lihat  pada hari ini, pelbagai rancangan yang berunsurkan pendidikan disiarkan di televisyen. Rancangan seperti ini sememangnya banyak membantu pelajar dalam proses pembelajaran . Hal ini demikian kerana, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang disampaikan kepada mereka, kerana program seperti ini banyak menggunakan visual dan animasi serta lebih bersifat santai. Dengan cara ini, para pelajar akan tertarik untuk mengikuti pembelajaran melalui program ini. Contohnya,  rancangan TV IQ yang disiarkan di ASTRO,  dimana rancangan ini memberi fokus kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Melalui medium ini, para pelajar dapat meningkatkan pemahaman dalam subjek-subjek  yang diajar,  contohnya sejarah, matematik, sains dan sebagainya. Selain itu, ia dapat memahirkan pelajar  menjawab soalan-soalan terkini yang penting  dan harus diberi penekanan dalam subjek tersebut. 


    Selain itu, penggunaan internet contohnya, memudahkan capaian terhadap sesuatu maklumat. Pelbagai maklumat boleh dicapai dengan cepat dan pantas. Penggunaan internet boleh membantu  belia dalam proses pembelajaran, contohnya  dalam mempelajari subjek sains. Dalam kelas atau kuliah misalnya, kita hanya diberi penerangan  tentang  sesuatu  proses yang berlaku secara lisan, tanpa melihat proses yang berlaku . Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar susah untuk membayangkan proses yang berlaku seperti yang diterangkan. Dengan menggunaan teknologi kini, video-video tentang sesuatu proses dapat dihasilkan secara animasi. Ia secara langsung dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan membantu pelajar  mengingati proses itu. 

                                               Sistem Pernafasan            
                                           (http://youtu.be/1Xz0VAoYQiY)


                                     Bagaimana Pembuluh Darah Berfungsi
                                          (http://youtu.be/Nx8oyX6l32g)


      Selain itu, teknologi komunikasi membolehkan belia mempelajari pelbagai bahasa  dan meningkatkan lagi penggunaan bahasa. Penggunaan Yahoo Massenger dan Facebook contohnya, dapat membantu belia meningkatkan penggunaan bahasa inggeris. Jika seseorang itu berkawan dengan rakan dari luar negara  contohnya England melalui laman social ini, secara tidak langsung mereka akan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ia sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dalam diri belia untuk mempelajari dan menggunakan bahasa tersebut.  Selain itu, video-video yang boleh diperoleh  dalam internet juga  dapat membantu  belia mempelajari bahasa lain. 

                                         Mempelajari Bahasa Inggeris
                                          ( http://youtu.be/YKQnXvkybDU)



      Kesimpulannya, teknologi komunikasi banyak membantu belia dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam aspek pembelajaran. Teknologi ini sangat bermanfaat kepada belia sekiranya digunakan dengan cara yang betul.