Howdy and welcome

:)

Wednesday 26 October 2011

Pembayaran Atas Talian Internet atau ' Online Internet Payment'

Minggu ini kami akan membincangkan mengenai Pembayaran Atas Talian Internet atau ‘Online Internet Payment’ yang kini menjadi  sambutan dalam kalangan semua orang tidak kira yang muda atau yang tua. Sememangnya Pembayaran Atas Talian Internet mempunyai hubungkait yang kuat kepada teknologi dan belia. Perkembangan yang ditunjukkan oleh teknologi membolehkan segala maklumat dihantar dan diterima dengan cepat. Melalui jaringan sistem komunikasi seperti Internet, telefon, atau rangkaian televisyen global dunia telah “dikecilkan dengan memungkinkan hubungan yang merentasi sempadan negara dilakukan dengan begitu mudah sekali.
‘Online Internet Payment’ merupakan transaksi e-dagang termasuk pembayaran elektronik untuk membeli dan menjual barang-barang atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet. Kebanyakan pengguna internet menjalankan perniagaan menjual barang seperti tudung, kasut, baju dan  sebagainya di internet. Menurut Laudon (2002), e-dagang merupakan penggunaan Internet dan juga laman web untuk menjalankan transaksi perniagaan yang tidak lagi terikat kepada masa dan tempat. Dengan kata lain, e-dagang bermaksud menjalankan aktiviti pembelian produk-produk, perkhidmatan dan lain-lain transaksi dengan menggunakan Internet sebagai medium transaksi. E-dagang juga turut merupakan sebahagian daripada e-niaga.


Menurut Lawrence et.al (1998), komunikasi yang terhasil penting dalam urus niaga e-dagang. Oleh sebab itu, pengguna hanya dapat menilai sesuatu produk atau perkhidmatan melalui deria penglihatan dan pendengaran. Dalam memastikan penerimaan secara langsung, elemen multimedia  digunakan untuk mempamerkan produk dan senarai perkhidmatan.  Kaedah ini membolehkan pengguna melawati laman e- dagang tersebut( Phau dan Poon, 2000).



Melalui kecanggihan teknologi yang ditunjukkan menjadikan kehidupan belia maju ke hadapan dan mengubah cara hidup mereka dalam menggunakan teknologi. Kemudahan internet memudahkan belia menggunakan kaedah pembayaran yang dapat memudahkan rutin harian tanpa ke bank. Selain itu, daripada penggunaan Pembayaran dalam talian yang menjimatkan masa, ia juga menjimatkan kos dan tenaga seseorang serta memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat. 


Dalam masa yang sama, semasa melakukan pembayaran, pengguna internet sekaligus boleh megetahui produk baru yang berada di pasaran. Cara yang mudah untuk memulakan pembayaran seperti memasukkan nama serta identiti diri contohnya di ePaymentSystems. Selain daripada itu, kemudahan lain yang sering digunakan seperti CIMB BANKETicketing.comGolden Screen Cinemas dan maybank2u.com.

tidak perlu beratur dan menjimatkan masa


Secara umumnya, pembayaran bukan hanya tertumpu kepada transaksi dalam talian di internet sahaja, bahkan banyak kepada bentuk pembayaran elektronik. Teknologi yang berkembang telah menghasilkan pelbagai alat-alat dan proses untuk menguruskan elektronik terus meningkat. Di samping itu, peratusan urus niaga dan cek terus berkurangan contohnya yang berlaku di Amerika Syarikat. Penggunaan cek telah menurun telah menurun daripada 85% daripada bayaran bukan tunai pada tahun 1979 kepada 59% pada tahun 2002. Berbeza pula dengan pembayaran secara elektronik telah berkembang sebanyak 41%.
Internet mempunyai potensi yang tinggi dalam menjadi perantara perdagangan yang paling aktif dalam tempoh sedekad. Selain itu, revolusi yang dicetuskan oleh ‘online shopping’ membolehkan pengguna membeli barang dan perkhidmatan daripada seluruh negara. Walaupun begitu, kebanyakan pengguna dan perniagaan yang dijalankan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga daripada ditipu. Contoh prosedur sistem pembayaran :


Pembayaran Atas Talian Internet melibatkan pelanggan memindahkan wang atau membuat belian secara online melalui internet. Proses pemindahan wang daripada pengguna dengan perniagaan kepada pihak ketiga daripada bank atau akaun lain menggunakan kredit, debit bank dan prabayar untuk membuat pembelian dalam talian. Bayaran untuk pembelian dalam talian telah dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit dianggarkan lebih daripada 80%.


Kesimpulannya, Pembayaran Atas Talian Internet memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya kepada belia. Justeru, belia mengambil manfaat dengan perkembangan internet yang terus berkembang ini. Mereka mesti menggunakan dengan baik dan sekaligus mempraktikkan teknologi dalam kehidupan seharian.