Howdy and welcome

:)

Thursday, 3 November 2011

Pembelajaran Interaktif

    Komunikasi bermaksud pertukaran maklumat atau berita yang berlaku secara terus menerus. Ia melibatkan kompenan pengirim berita, media penyampaian, mesej yang ingin disampaikan dan juga pihak yang menerima pesanan. Teknologi komunikasi ialah alat yang menambah kemampuan orang untuk berkomunikasi. Ia adalah peralatan perangkat keras (hardware) dalam sebuah struktur organisasi yang mengandungi nilai-nilai sosial, yang memungkinkan setiap individu mengumpulkan, memproses, dan saling tukar -menukar informasi dengan individu-individu lain. Teknologi komunikasi dapat membawa seorang individu melintasi batas ruang dan waktu serta mendapatkan informasi yang tidak didapat sebelumnya (McLuhan, 1965).  Manusia telah menjadikan teknologi media sebagai jendela dunia (a window to the world) dan dapat mengetahui kejadian-kejadian yang jauh jaraknya tanpa perlu hadir langsung di lokasi kejadian (Noegroho, 2010: 4). Antara teknologi komunikasi yang ada pada masa kini ialah television, satelit, komputer, dan internet. Ia banyak membantu memudahkan kehidupan seharian, selain  mewujudkan pembelajaran  yang berkesan dalam kalangan belia.


    Teknologi komunikasi menjadi medium yang  membantu  dalam proses pembelajaran.  Jika kita lihat  pada hari ini, pelbagai rancangan yang berunsurkan pendidikan disiarkan di televisyen. Rancangan seperti ini sememangnya banyak membantu pelajar dalam proses pembelajaran . Hal ini demikian kerana, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang disampaikan kepada mereka, kerana program seperti ini banyak menggunakan visual dan animasi serta lebih bersifat santai. Dengan cara ini, para pelajar akan tertarik untuk mengikuti pembelajaran melalui program ini. Contohnya,  rancangan TV IQ yang disiarkan di ASTRO,  dimana rancangan ini memberi fokus kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Melalui medium ini, para pelajar dapat meningkatkan pemahaman dalam subjek-subjek  yang diajar,  contohnya sejarah, matematik, sains dan sebagainya. Selain itu, ia dapat memahirkan pelajar  menjawab soalan-soalan terkini yang penting  dan harus diberi penekanan dalam subjek tersebut. 


    Selain itu, penggunaan internet contohnya, memudahkan capaian terhadap sesuatu maklumat. Pelbagai maklumat boleh dicapai dengan cepat dan pantas. Penggunaan internet boleh membantu  belia dalam proses pembelajaran, contohnya  dalam mempelajari subjek sains. Dalam kelas atau kuliah misalnya, kita hanya diberi penerangan  tentang  sesuatu  proses yang berlaku secara lisan, tanpa melihat proses yang berlaku . Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar susah untuk membayangkan proses yang berlaku seperti yang diterangkan. Dengan menggunaan teknologi kini, video-video tentang sesuatu proses dapat dihasilkan secara animasi. Ia secara langsung dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan membantu pelajar  mengingati proses itu. 

                                               Sistem Pernafasan            
                                           (http://youtu.be/1Xz0VAoYQiY)


                                     Bagaimana Pembuluh Darah Berfungsi
                                          (http://youtu.be/Nx8oyX6l32g)


      Selain itu, teknologi komunikasi membolehkan belia mempelajari pelbagai bahasa  dan meningkatkan lagi penggunaan bahasa. Penggunaan Yahoo Massenger dan Facebook contohnya, dapat membantu belia meningkatkan penggunaan bahasa inggeris. Jika seseorang itu berkawan dengan rakan dari luar negara  contohnya England melalui laman social ini, secara tidak langsung mereka akan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ia sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dalam diri belia untuk mempelajari dan menggunakan bahasa tersebut.  Selain itu, video-video yang boleh diperoleh  dalam internet juga  dapat membantu  belia mempelajari bahasa lain. 

                                         Mempelajari Bahasa Inggeris
                                          ( http://youtu.be/YKQnXvkybDU)



      Kesimpulannya, teknologi komunikasi banyak membantu belia dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam aspek pembelajaran. Teknologi ini sangat bermanfaat kepada belia sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

Wednesday, 2 November 2011

Belia & Perniagaan Secara Online

Marshallan McLuhan mengatakan, dengan adanya teknologi satu order dunia baru akan wujud dan tiada pendominasian dalam bidang politik,ekonomi mahu pun budaya.
Memetik kata-kata seorang lagi sarjana Barat mengenai definisi teknologi, “ the technology utopia grows progressively from present conditions and will in the long term ensure the peace and prosperity of all ” (Lyon:1988:146).

Teknologi dan belia tidak dapat dipisahkan. Teknologi mampu memainkan peranan dalam membantu transformasi belia yang lebih berinovasi dan berdaya saing.Salah satu kesan daripada teknologi ini telah membantu dalam meningkatkan penglibatan golongan belia untuk menjalankan perniagaan secara online. Belakangan ini, perniagaan secara online semakin menjadi satu trend dalam kalangan orang ramai bagi mencari atau menambah sumber pendapatan mereka. Rata-rata pada hari ini cenderung untuk memilih berniaga di alam maya untuk menjual barangan mereka, malah penggunaan laman sosial seperti Facebook dan juga menggunakan blog sebagai platform untuk mereka mengetengahkan perniagaan tersebut. Semestinya golongan belia merupakan golongan yang semakin berani mengorak langkah untuk menjalankan perniagaan secara online.


Definisi Perniagaan Secara Online

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan secara online? Secara umumnya, perniagaaan secara online bermaksud menjual barangan melalui internet. Ini merupakan maksud yang mudah untuk kita fahami. Sebarang produk yang ingin dijual bergantung pada pilihan peniaga tersebut. Perniagaan secara online sebenarnya sama sahaja seperti apabila berniaga di dunia luar namun yang membezakan konsep perniagaan ini ialah belia tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi,tidak perlu membuka kedai,tidak perlu mengupah staf atau terpaksa mengeluarkan duit sewa yang mahal apabila ingin berniaga.Pada asasnya belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan yang menjadi aset utama untuk memulakan perniagaan.

Perniagaan secara online merupakan suatu perniagaan melibatkan kos yang rendah apabila seseorang ingin memulakan perniagaan secara online. Bayangkan perniagaan ini hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 atau kurang berbanding dengan perniagaan yang dijalankan di dunia sebenar lebih memerlukan modal sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membuka sebuah kedai. Perniagaan secara online sememangnya bukan sahaja mempunyai lebih ramai pelanggan malah mungkin juga mendapat permintaan pembelian dari seluruh dunia.Hal ini boleh disifatkan bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global kerana dengan kelebihan kemudahan jaringan internet tanpa sempadan yang mampu mengubah corak rangkaian perniagaan yang semakin meluas ke serata dunia. Belia juga tidak perlu berjumpa dengan pelanggan kerana semua tempahan dan promosi dilakukan secara automatik di alam maya dan barangan akan segera dihantar kepada pelanggan menggunakan khidmat penghantaran pos yang disediakan. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi berkaitan produk atau pelanggan, belia hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan melalui email,Yahoo Mesengger atau mungkin boleh juga menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.


Jenis-Jenis Produk

Terdapat tiga kategori produk yang berbeza dalam perniagaan secara online iaitu produk fizikal,produk digital dan perkhidmatan.


*Produk fizikal merupakan produk yang boleh disentuh, mempunyai bentuk fizikal tersendiri contohnya seperti tudung,baju,beg tangan,barangan perhiasan, malah produk makanan turut boleh dijual seperti biskut raya,kek dan cupcakes.
ini adalah antara contoh perniagaan yang dijalankan secara online pada masa kini 

*Produk digital lebih menjurus kepada produk-produk bersifat informasi mengenai sesuatu perkara seperti koleksi resepi dan panduan membuat website. Selalunya informasi tersebut boleh dibuat dalam bentuk e-book (buku digital) atau dalam bentuk video. Hal ini boleh dilakukan melalui aplikasi muat turun di internet setelah membuat pembelian. 

*Perkhidmatan pula melibatkan aktiviti contohnya seperti mencipta website, design theme,penulisan,bengkel dan seminar. Pilihlah sebarang bidang yang kita mahir seperti contoh yang dinyatakan kemudian dengan kepakaran yang kita miliki itulah, kita boleh menjalankan perkhidmatan melalui perniagaan secara online.

Ini ialah antara contoh laman web perniagaan yang dijalankan secara online :





Closets Of AmyAmy
                                                      
http://amyamyshop.blogspot.com/



Cupcake Chic 
                                                  http://www.cupcakechic.com.my/new/


Safari Books Online
                                                    



Rekabentuk Laman Web Malaysia Website Design




Kesimpulannya, teknologi sememangnya banyak membantu masyarakat dalam memberi pelbagai manfaat terutama golongan belia seperti dalam melakukan perniagaan secara online. Teknologi sememangnya mampu memberi peluang kepada belia untuk menonjolkan kemahiran belia dalam menjadi usahawan,peniaga yang berjaya.