Howdy and welcome

:)

Tuesday, 8 November 2011

Gajet Nadi kepada Belia

    Kemunculan teknologi telah mencetuskan era globalisasi yang semakin pesat. Perkembangan ini telah membawa pelbagai perubahan dalam kalangan masyarakat dan mengubah gaya hidup mereka. tahun. Teknologi berkait rapat dengan perkembangan komunikasi yang dapat menghubungkan manusia antara satu sama lain dengan lebih mudah. Menurut Everret Roger’s (1996) teknologi komunikasi dikenali sebagai teknologi media baru atau komunikasi interatif yang mengalami perubahan asas yang sedang berlaku dalam komunikasi manusia.Selain itu, perkembangan teknologi boleh dilihat dari teori difusi inovasi. Teori ini mula berkembang pada tahun 1960an, semasa Paradigma Dominan dan teori ini digunakan sehingga hari ini.  Menurut Roger’s (1995) teori difusi ialah satu proses yang mana sesuatu inovasi disebarkan melalui saluran komunikasi ,mengikut masa, dalam kalangan ahli-ahli dalam sistem sosial.Terdapat empat elemen utaman dalam teori difusi inovasi iaitu inovasi, saluran komunikasi, masa dan sistem sosial.Oleh itu, teori ini telah membantu dalam perkembangan teknologi komunikasi dan membawa masyarakat terutamanya belia untuk merasai perkembangan tersebut.


Pada minggu ini kita akan melihat perkembangan teknologi yang berkaitan dengan gajet atau dikenali sebagai peralatan elektronik. Golongan belia merupakan golongan majority yang mendominasi era perkembangan teknologi. Teknologi telah membuka peluang kepada belia mengetahui dunia luar. Hal ini kerana prisinp internet ialah dunia tanpa sempadan. Mereka menggunakan  internet untuk memperolehi informasi tentang gajet terbaru yang terdapat dipasaran.


Gajet atau peralatan elektronik merupakan kompenan yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat. Menurut  Collins Cobuild English Dictionary, “gadget” didefinisikan sebagai “is a small machine or device which does something useful”.Kompenan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia dan memudahkan tugas mereka. Hal ini dapat dilihat melalui pelbagai kemunculan gajet yang memberi pelbagai manfaat kepada manusia dan kesan dari pengguna kompenan ini telah meningkat produktivi kualiti hidup manusia semakin maju. Pada tahun 2011 beberap gajet terbaru diperkenalkan dan mendapat sambutan tinggi dari golongan masyarkat terutamanya belia. Antara gajet terbaru iaitu Apple iTablet dan iPhone 4S keluaran Apple Inc.


Gajet terbaru iaitu Apple iTablet merupakan keluaran dari syarikat Apple dan terdapat pelbagai fungsi. Apple iTablet merupakan iPad diperkenalkan oleh Steve Job CEO dari Apple Inc. dan merupakan teknologi terbaru keluaran Apple Inc. Apple iTablet merupakan  gabungan telefon pintar (smartphone) dan komputer riba(laptop). Produk ini mempunyai 2 model iaitu Wi-Fi 802.11a/b/g/n dengan berat 680 gram dan Wi-Fi + 3G HSDPA dengan berat 730 gram.Apple iTablet merupakan gajet tercanggih pada tahun ini dan terdapat pelbagai fungsi yang menarik. Keistimewaan gajet ini ialah dapat berfungsi sebagi telefon dan komputer dalam 1 masa.Selain itu, juga dapat mengakses internet tanpa batasan kerana mempunyai wifi dan sorfware tersendiri.
 iPhone 4S merupakan inovasi dari iPhone 4. Gajet ini bukan sekadar telefon biasa kerana terdapat pelbagai fungsi di dalamnya. Antara fungsi iPhone 4s ialah dapat berkomunikasi menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, terdapat aplikasi seperti Al-Quran, berfungsi sebagai GPS dan penentu arah kitblat, dan banyak lagi.


Kesimpulannya, gajet merupakan nadi kepada masyarakat terutamanya golongan belia. Kemunculan teknologi banyak membantu dan memudahkan segala aktiviti harian manusia. Selain itu,dalam era pembangunan yang serba moden ini,fungsi gajet amat penting dan juga memberi pelbagai impak kepada manusia seterusnya memajukan tamadun masyarakat.

Thursday, 3 November 2011

Pembelajaran Interaktif

    Komunikasi bermaksud pertukaran maklumat atau berita yang berlaku secara terus menerus. Ia melibatkan kompenan pengirim berita, media penyampaian, mesej yang ingin disampaikan dan juga pihak yang menerima pesanan. Teknologi komunikasi ialah alat yang menambah kemampuan orang untuk berkomunikasi. Ia adalah peralatan perangkat keras (hardware) dalam sebuah struktur organisasi yang mengandungi nilai-nilai sosial, yang memungkinkan setiap individu mengumpulkan, memproses, dan saling tukar -menukar informasi dengan individu-individu lain. Teknologi komunikasi dapat membawa seorang individu melintasi batas ruang dan waktu serta mendapatkan informasi yang tidak didapat sebelumnya (McLuhan, 1965).  Manusia telah menjadikan teknologi media sebagai jendela dunia (a window to the world) dan dapat mengetahui kejadian-kejadian yang jauh jaraknya tanpa perlu hadir langsung di lokasi kejadian (Noegroho, 2010: 4). Antara teknologi komunikasi yang ada pada masa kini ialah television, satelit, komputer, dan internet. Ia banyak membantu memudahkan kehidupan seharian, selain  mewujudkan pembelajaran  yang berkesan dalam kalangan belia.


    Teknologi komunikasi menjadi medium yang  membantu  dalam proses pembelajaran.  Jika kita lihat  pada hari ini, pelbagai rancangan yang berunsurkan pendidikan disiarkan di televisyen. Rancangan seperti ini sememangnya banyak membantu pelajar dalam proses pembelajaran . Hal ini demikian kerana, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang disampaikan kepada mereka, kerana program seperti ini banyak menggunakan visual dan animasi serta lebih bersifat santai. Dengan cara ini, para pelajar akan tertarik untuk mengikuti pembelajaran melalui program ini. Contohnya,  rancangan TV IQ yang disiarkan di ASTRO,  dimana rancangan ini memberi fokus kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Melalui medium ini, para pelajar dapat meningkatkan pemahaman dalam subjek-subjek  yang diajar,  contohnya sejarah, matematik, sains dan sebagainya. Selain itu, ia dapat memahirkan pelajar  menjawab soalan-soalan terkini yang penting  dan harus diberi penekanan dalam subjek tersebut. 


    Selain itu, penggunaan internet contohnya, memudahkan capaian terhadap sesuatu maklumat. Pelbagai maklumat boleh dicapai dengan cepat dan pantas. Penggunaan internet boleh membantu  belia dalam proses pembelajaran, contohnya  dalam mempelajari subjek sains. Dalam kelas atau kuliah misalnya, kita hanya diberi penerangan  tentang  sesuatu  proses yang berlaku secara lisan, tanpa melihat proses yang berlaku . Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar susah untuk membayangkan proses yang berlaku seperti yang diterangkan. Dengan menggunaan teknologi kini, video-video tentang sesuatu proses dapat dihasilkan secara animasi. Ia secara langsung dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan membantu pelajar  mengingati proses itu. 

                                               Sistem Pernafasan            
                                           (http://youtu.be/1Xz0VAoYQiY)


                                     Bagaimana Pembuluh Darah Berfungsi
                                          (http://youtu.be/Nx8oyX6l32g)


      Selain itu, teknologi komunikasi membolehkan belia mempelajari pelbagai bahasa  dan meningkatkan lagi penggunaan bahasa. Penggunaan Yahoo Massenger dan Facebook contohnya, dapat membantu belia meningkatkan penggunaan bahasa inggeris. Jika seseorang itu berkawan dengan rakan dari luar negara  contohnya England melalui laman social ini, secara tidak langsung mereka akan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ia sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dalam diri belia untuk mempelajari dan menggunakan bahasa tersebut.  Selain itu, video-video yang boleh diperoleh  dalam internet juga  dapat membantu  belia mempelajari bahasa lain. 

                                         Mempelajari Bahasa Inggeris
                                          ( http://youtu.be/YKQnXvkybDU)



      Kesimpulannya, teknologi komunikasi banyak membantu belia dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam aspek pembelajaran. Teknologi ini sangat bermanfaat kepada belia sekiranya digunakan dengan cara yang betul.