Kepesatan dunia teknologi yang melanda negara ibarat ombak tsunami mewujudkan satu era baru dalam dunia yang serba moden ini. Kepesatan yang menjangkau sempadan dunia mewujudkan fenomena globalisasi seantero masyarakat. “metafora Marshall Mcluhan (1964) mengatakan bahawa dunia sudah menjadi sebagai kampung sejagat”. Kenyataan ini menunjukkan bahawa penguasaan teknologi terhadap dunia kini diluar jangkauan. Kepelbagaian jaringan sosial tumbuh seperti cendawan selepas hujan telah mengubah iklim pemikiran belia sekarang.
Perkembangan teknologi mendorong perubahan sosial. Menurut Sztompka (2004:2) mengatakan bahawa, konsep perubahan sosial tercipta daripada teori sistem, dimana perubahan sosial adalah sebuah perubahan yang terjadi dalam sebuah sistem, baik pada tingkat makro; keseluruhan masyarakat dunia(kemanusiaan) , tingkat menengah(mezo) , tingkat bangsa (nation state), mahupun regional dan perubahan sosial juga berlaku pada tingkat mikro. Keadaan ini menunjukkan bahawa teknologi mampu membuat perubahan terhadap diri masyarakat khususnya belia yang mendominasi alam maya. Selain itu, difusi dan inovasi turut menyebabkan perubahan dalam masyarakat kerana melalui teknologi, segala pengetahuan dan maklumat yang baru dapat disebarkan dan diadaptasi oleh masyarakat. Difusi dan inovasi adalah bagaimana sebuah idea dan teknologi tersebar dalam sebuah kebudayaan. Ia mendefinisikan difusi sebagai proses dimana sebuah inovasi di komunikasikan melalui pelbagai saluran dan jangka waktu tertentu dalam sebuah sistem sosial (Everett Rogers,1994)
![]() |
Fesyen k-pop terkini |
![]() |
ramai antara belia kini memakai pakaian seperti pembawaan di atas. Tidak ketinggalan juga perkembangan fesyen yang melanda negara kita sebelum ini dapat dilihat dengan perubahan dalam penampilan bertudung bagi wanita dimana golongan belia khususnya keluar dengan ciri-ciri gaya bertudung pelbagai bentuk dan rekaan yang begitu kreatif dan begitu kompleks. Perubahan tren bertudung dan gaya pemakaian menjadi ikutan golongan belia wanita kebanyakannya diperolehi daripada tutorial bertudung yang disebarkan oleh pereka fesyen seperti Hana Tajima, Maria Elena, Yuna dan ramai lagi dapat dilihat memlalui laman sesawang seperti MAYSAA'S LOOKS dan Maria Elena:Hijab Fashion |
Perubahan-perubahan yang begitu mendadak dari segi penampilan daripada internet mahupun media massa pada masa kini membentuk peribadi dan keterampilan belia yang baru. Teknologi yang mengubah fenomena global ini telah mewujudkan masyarakat yang hidup ‘trendy’ dan memacu kepada pertumbuhan ekonomi disamping menggalakkan golongan belia mencari alternatif baru untuk menjadi golongan belia yang bersifat indikator.
Kemajuan pesat teknologi sebagai pemangkin dunia fesyen yang ‘trendy’ banyak dihubungkaitkan dengan golongan belia. Hal ini demikian kerana golongan belia merupakan golongan yang dominan berpengaruh dan mudah dipengaruhi. Konklusinya, teknologi dan belia tidak akan mungkin dipisahkan kerana kewujudan teknologi mengubah persekitaran dan pandangan golongan belia disamping memacu mereka ke arah pemodenan.